Wednesday 21 June 2017

REVIEW IKEA: PERTAMA KALI JEJAKKAN KAKI KE IKEA

Dated: 11.6.2017 (Sunday)
- Ikea, Cheras - 

 

Hi hampaaaa, Hari ni ayah bawak kami p Ikea Cheras...

Eh, nak tahu tak sepanjang 4 tahun tinggal dekat semenanjung ni (sampai la pindah quarters), Ika nak sangat pergi Ikea, Since dengar kawan ofis cakap Meatball Ikea sedap. Kahhhh... Tapi bila ajak hubby mesti dia jawab 'Apa yang ada di Ikea'.. Hok Aloh, tanya Ika pulak kannnn, Ika pun tak pernah pergi, Ika just cakap 'Ada Meatball'... 😂

Then ada satu hari (masih stay kat Puchong masa tuh), hubby cerita dia p Ikea Bandar Utama dekat Petaling Jaya nak hantar barang (hubby kerja Runner masa tuh), dia kata banyak barang2 perabot cantik2.. Ika apa lagi, merajuk la masa tu, dia p tak hajak.. hehehe... 

Then Ahad baru2 ni, husband kata nak pergi Bangi nak beli hp Samsung Note 3, dah deal dgn orang tuh (almaklum orang tuh dapat bonus SHOM besar kan), tapi bila jalan tuh dia tak menuju ke Bangi, terus ke laluan Sungai Besi naik ke MMR ke Cheras, guess what?? rupanya dia nak bawak pergi IKEAAAA!!!!!!.. 😍😍😍

Masuk jak tempat Parking oh My, Penuh parking nasib baik ada dapat yang kosong. Masuk je dalam IKEA, Ya Allah ramainya umat manusia, berbilang bangsa... time puasa macam ni pun ramai?? Kami pulak macam jakun2, nasib baik tanya Security dekat situ.. Baru tau, ni namanya Ikea, rasa nak angkut satu lori bawak g sini... Melting... Tapi, sabar Ika... beli apa yang penting saja dulu. dan cukup bajet. husband dah pesan awal2 bajet rm200 saja. hehehe.. Alhamdulillah, dapat la 4 barang dengan harga rm200. Jom tengok apa Ika beli dekat IKEA..

Tak penuh pun, beli sikit2 je duluuu...

KERUSI ADDE - RM35
ni kerusi khas untuk meja komputer en hubby.. 




COFFE TABLE LACK - RM79
Rumah Ika ada sofa tapi tak da meja, dah nak raya ni beli la Meja kopi, nanti raya nak hidang dekat tamu tak da meja pulak.. 



Tukang tengah gigih pasang Meja...

LAUNDRY BAG JÄLL - RM9.90
Time nak bayar dekat kaunter Ika lalu tempat laundry bag ni, tekejut Ika harga dia just Rm9.90, tak sampai rm10 pun. Ika ingat harga dia dalam RM20 ke atas. Tangan ringan je ambil, terus letak atas kaunter.. hehehe..



TABLE & STOOL CHILDREN UTTER- RM59.70



Dekat Web page Ikea dia jual asing2 tau, tapi bila pergi Ikea sendiri dia jual satu set, Meja + 2 Stool RM 59.70 (sama jugak la harganya, heheheh). Ika dah lama sebenarnya berhajat nak belikan anak-anak meja belajar Ikea yang warna warni tu, tapi bajet masih tak cukup. Tapi alang-alang dah tengok murah, bajet masih ada, Ika angkut la satu set Utter ni. 


bantu ayah pasang, rajin abam yeee...
Dah siap pasang, baru semangat nak baca buku ye abam.. Tunggu Leesya balik, nanti belajar sama-sama ya.



In Sha Allah, next pulak hunting meja makan. dah usha masa pergi ni. tak sampai RM300 harga meja makan  dan kerusi. tak pa pelan-pelan. Beli satu2 then hias pelan2. Now Ika dah terjebak jadi peminat barang Ikea jugak. hubby kena sabar lepas ni yaaa.. 😍😍😍

Jumpa lagi.. bye...

Zulaikah Hj Aman @ A. Fakih
Mama Fasyanieq ❤

No comments:

Post a Comment

Featured Post

360 THERAPANTS | THERAVEST 2023

Popular Posts